Selasa, 21 Julai 2009

Bengkel Orang Asal Dan Kawasan Lindung


Pada 30 Mac 2009 yang lalu telah dianjurkan Bengkel Orang Asal dan Kawasan Lindung yang bertempat di Likas Square Condotel. Bengkel sehari ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu masyarakat tempatan khususnya orang asal yang tinggal di kawasan lindung (Protected Area). Bengkel ini dihadiri oleh PACOS, WWF, Institut Development of Sabah, Pensyarah UMS, Jabatan Pengairan dan Saliran, BBEC dan juga komuniti. Apa yang diharapkan dalam bengkel ini adalah penglibatan yang sama rata di antara pihak kerajaan, komuniti dan juga pihak NGO. Akan tetapi hanya beberapa sahaja wakil jabatan kerajaan yang datang pada masa tersebut. Walau bagaimanapun diharapkan di masa akan datang pihak jabatan kerajaan akan lebih prihatin lagi untuk melibatkan diri dalam bengkel-bengkel seperti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan